Tuesday, November 24, 2015

Cuti sekolah 2015 bermula

Dah dua hari start cuti..dah dua hari jugak mikail sakit perut.. Berak dah 10x.. Hopefully hari ni ok.. Kalau tak ok nampaknya hospital la jawabnya..

Kisahnya diberi makan egg sandwich ntah bila punya.. makan pulak 3 ke 4 keping.. 
aunty yam nya pon,.. kot ye tak nak menbazir..jgn la bagi budak habiskan.. 

Tak berbaloi ok.. Semata2 nak habiskan sandwich terpaksa budak 7 thn menanggung sakit 2 hari.. sampai cengkunglah matanya.. 

Nak marah pon tak guna.. Benda dah jadi.. Pasrah je la.. Tapi mmg mak ini akan warning.. Sapa2 yg nak bagi makan anak2 I make sure makanan itu freshly cooked.. setakat nak habiskan leftovers..baik tak payah bagi langsung.. 

Ok cukuplah pasal Mikail. Next monday nak ke Bangkok.. Tak tau nak rasa apa..Biasa kalau nak bercuti akan rasa excited tapi kali ni mcm rasa tak best.. May be sbb papanya tak ikut.. Atau adakah sebab lain yg tersirat? Hopefully mikail dah sihat time tu..

Malas betul nak pikir apa nak tulis.. Sekian dulu..






Thursday, November 19, 2015

Top 10 Dalam Aliran Darjah 1

Assalamualaikum..

Terpanggil utk menulis pagi ini .. 
Memandangkan smlm hari anugerah mikail.. Alhamdulillah walaupon bukan no1,2,3..


Ceritanya begini.. Majlis Anugerah start pukul 7.30pagi.. Makanya kalut la kejut budak bangun pukul 6.30.. Tak nak lewat.. Kalau lewat mcm biasa parking pon tak ada..

Lepas je breakfast lempeng..terus hantar Rafil..terpaksa Rafil masuk tadika 7.30.. Hopefully tak sesangap mama yg dok menunggu bila majlis nak start..

Dlm aturcara 8.30 sepatutnya dah start penyampaian hadiah.. tapinya masalahnya 8.30 blom lagi ada mukaddimah.. Sudahnya 9 start..ucapan bagai.. lepas sorang ni sorang itu pulak bagi ucapan.. Aduh.. Aku sudah pening kepala..Maklum la bangun pukul 5.30 pg sbb nak siap makan dan sebagainya.. Dgn Khaira meragam..Nak balik katanya.. Aduh..

Sambil menunggu tu teringat arwah bapak..Agaknya beginilah bapakku merasa sangat sangap menunggu anaknya naik ke pentas semata2 nak amik seketul hadiah..
Sampai tertido2 dikerusi bila kuintai di sebalik jaring2 tingkap dewan.. By the time namaku dipanggil naik kepentas.. harap2 matanya segar kembali..

Aduh duduk dikerusi ibu bapa memang begini rasanya.. Tak apalah sangap.. tak apalah mama susah sikit.. tak apalah.. janji anak happy tgk orgtuanya datang memberi semangat.. Janji anak saya naik pentas.. Tak apalah walau hanya sekali.. Tak apalah..

Sesudah mikail amik hadiah dia cari mama.. tunjuk hadiah and he said.. "Mama I have something to tell you.. My little pony ada kat Sunway Putra Mall.. Khaira kan suka my little pony" . 

O my anakku.. Agaknya itu yg dipikirkan ketika dia pon sangap diluar tadi.. masa dok tunggu giliran dipanggil.. Aduhh.. 

Tapi lesson learn.. tak payah la kalut sgt.. Relax2 sudah..

Picture mungkin kemudian ya nak..

Wassalam..



Daisypath Anniversary Years Ticker